website templates free download

Ebook 9Bulan10Hari

Kali ini, kami datangkan
buku versi digital (ebook)
untuk anda mendapatkan
ilmu yang sahih 
daripada pakar-pakar. 
Terdapat 8 jenis E-Book
untuk tatapan anda, 
Setiap satunya sungguh
best dan berbeza. 

Antara kata-kata pakar dalam Ebook 9Bulan10Hari

Mobirise


Jangan 'MAIN GOOGLE' untuk cari ilmu kehamilan. Kalau salah ilmu, ia boleh meragut nyawa tanpa sedar! Perlu faham juga, bagaimana untuk hamil. Penyakit rahim adalah salah satu punca utama wanita-wanita zaman sekarang sukar hamil.

~Prof Dato' Dr Hamid Arshat
Pakar O&G No.1 Malaysia

Mobirise


Rasulullah setiap kali keluar masuk rumah, mesti cium isteri dia. Kalau pada birthday isteri, ucapkanlah seawal-awal waktu, sebab ia tidak sama kita ucapkan pada 12.01pagi dengan 6.00pagi. Beradalah disebelah isteri ketika diperlukan. Berdoalah, redha dan maafkanlah isteri sebab ia tidak ternilai harganya. 

~ Ustaz Ebit Lew
Pakar Syariah dan Rumahtangga

Mobirise


Sunnah Nabi salah satunya bertahnik, dan ini secara zahirnya dilihatkan apabila jari kita dimasukkan ke mulut bayi itu. Bayi akan belajar menghisap lebih kuat sebabnya jari tidak selembut puting susu. Jadi ia salah satu pengalak utama ibu boleh mendapat susu yang banyak. 

~ Ustaz Don Daniyal
Pakar Syariah

Mobirise


Dari pandangan mata, suami dah keluarkan sperma. Dah ada keluar, consider ok. Tetapi sperma itu tadi, dilihat dibawah microscope. Banyak yang cacat, yang lainnya mati. Jadi isu tidak boleh hamil ini, bukan sebab wanita sahaja tapi sebab suaminya juga. Suaminya berperanan 50% dan isteri 50%. 

~Dr Agilan Arjunan
Pakar O&G Kesuburan Lelaki

Mobirise


Salah satu misi Iblis dan Syaitan ialah menceraikan pasangan suami isteri. Lagi-lagi ketika isteri sedang hamil, lagi banyak bergaduh kan? Belajarlah cara untuk membenteng diri dengan betul, sebab pergaduhan itu tadi, adalah bermulanya dari hasutan-hasutan syaitan.

~Ustaz Eri Abdul Rohim,
Pakar Ruqyah Syar'ie dari Indonesia

Mobirise


Hangpa senang-senang ja dok kata zaman laa tak payah pantang-pantang. Pastu kata orang dulu-dulu kolot. Hangpa tak kena tak taulaa. Ada orang dok rasa moden sangat, pi sana sini, tak pakai stokin, tak tungku sekali tombong kluaq, baru nak menyesal.  
~Tok Puan Jusoh
Bidan Kampung 84 tahun

Mobirise


Isteri rindu ingin rapat dengan suami. Jika berada di rumah, isteri diselubungi masalah dengan pelbagai urusan penjagaan rumah. Jadi para suami, bawalah isteri keluar berjalan sebab isteri sangat rindukan anda. 
~ Dr Tengku Asmadi
Pakar Motivasi

Mobirise


Seorang wanita mesti mengutamakan doktor perempuan islam untuk merawat mereka. Jika tidak ada, maka doktor perempuan bukan Islam, jika tidak ada barulah doktor lelaki muslim, jika tidak ada juga maka barulah doktor lelaki bukan Islam. 

~ Ustaz Mohd Faiz, Pakar Hukum 
Penulis Buku 'Kesempurnaan Muhammad'
Penulis Buku 'Fiqh Wanita Hamil'

Mobirise

Saya Nazira Nazir - Penulis 9Bulan10Hari

Ketika saya mengandungkan anak pertama saya pada tahun 2014, saya mengalami masalah yang sama seperti anda harini. Mencari ilmu kehamilan bukan satu perkara yang mudah. Saya dah puas beli pelbagai jenis buku, tapi ilmu di dalam semua buku itu, tidak lengkap. Dengan nawaitu membantu ibu-ibu hamil yang lain maka bermulalah perjuangan saya untuk menghasilkan karya 9Bulan10Hari. Bukan cerita tentang pengalaman saya, tapi mendapatkan fakta sahih dari Pakar dari setiap bidang.

Mobirise

Package Ebook 1 (Perkahwinan & Rumahtangga)

“Ala… mengada-ngadalah isteri. Asyik cakap penat je”
Selepas membaca e-book 9bulan10hari, para suami akan mula faham, membantu & membahagiakan
isteri. Kerana para suami akan tahu betapa isteri kalian ini adalah anugerah ciptaan Allah yang rapuh
hati dan lemah kudratnya. Namun, dialah yang cuba kuat demi membahagiakan suami, anak-anak
dan keluarganya.


Antara Video Dalam Ebook 1
9Bulan10Hari

Mobirise

Package Ebook 2 (Ruqyah)

Bukan saja beribu malah berjuta juta pasangan suami isteri tak tahu pun mengenai amalan zikir yang WAJIB kita baca & ajar anak-anak kita baca SETIAP HARI. Bila kita amalkan ilmu yang diajar Ustaz Eri di dalam E-Book ini, pasangan suami isteri akan lebih rasa tenang, bahagia & dijauhkan dari perkara-perkara tak baik. Ingat ya, iblis dah janji nak sesatkan kita. Ilmu dalam E-Book ini diterangkan
terperinci. Jangan lupa amalkan.

Mobirise

Package Ebook 3 (Merancang Kehamilan)

Atas izin ALLAH, ilmu-ilmu dalam E-Book 9bulan10hari ini sudah membantu ramai pasangan yang sudah lama menanti zuriat. Ada yang sukar hamil selama 2 tahun, 5 tahun, 8 tahun & ada yang
mecuba untuk hamil sehingga 11 tahun, akhirnya Atas Izin Allah hamil. Alhamdulillah. Ilmu-ilmu dalam e-book 9bulan10hari adalah ilmu-ilmu yang sahih & benar. Dikupas dari sudut perubatan
Moden, Islam & tradisional. InsyaALLAH, soon, kalian akan hamil.


Antara Video Dalam Ebook 3 9Bulan10Hari

Mobirise

Package Ebook 4 - Kehamilan Yang Indah

Ramai ibu hamil berdepan emosi up& down & tak tahu macam mana nak handle. Kadang orang
sekeliling kata mengada-ngada. Bila suami & isteri baca E-Book 9bulan10hari ini, kalian akan faham
& tahu apa nak buat ketika melalui banyak perubahan-perubahan ketika hamil. Ingat ya, bagaimana emosi anak di dalam kandungan sama ada baik atau tidak banyak bergantung kepada emosi ibu & ayahnya juga. Dengan membaca E-Book ini, suami isteri akan lebih positif & fikir yang baik- baik saja.


Antara Video Dalam Ebook 4 9Bulan10Hari

Mobirise

Package Ebook 5 - Kelahiran Yang Indah

“Takutlah kalau bersalin nanti koyak teruk”
“Sedihlah kalau suami tak support masa bersalin nanti”
Ini antara ketakutan & kerisauan semua isteri yang bakal melahirkan anak. Kasih sayang & perhatian
dari suami sangatlah penting untuk bantu isteri mudah bersalin. Buat para suami, bila tuan baca E-
Book 9bulan10hari ini, tuan akan faham & tahu apa nak buat untuk bantu isteri tuan bersalin dengan
mudah tanpa koyak tanpa jahit & jika bersalin secara czer pun, tuan akan tahu apa yang perlu buat & elak. Good luck ya. Selamat menjadi suami yang supportive kepada isteri dengan membaca E-Book
ini.

Mobirise

Package Ebook 6 (Berpantang & Peranan Suami)

Pulmonary Embolism adalah pembunuh senyap buat ibu selepas melahirkan anak. Nauzubilah.
Kenapa boleh jadi macam ni? Salah satunya adalah apabila seorang isteri berada dalam keadaan
terlalu penat, tak cukup rehat, depression yang amat sehingga lemat kudrat sangat mudah untuk
dapat PE ini. Dalam e-book 9bulan10hari ini, diterangkan secara terperinci tentang apa yang seorang suami perlu buat & elak ketika isteri dalam pantang. Sama-sama kita elakkan perkara-perkara yang tak diingini & menjadi yang terbaik buat pasangan kita. Selamat menggali ilmu dalam e-book 9bulan10hari ya.

Mobirise

Package Ebook 7 (Penjagaan Bayi & Mendidik Anak)

“Ala.. dukung je anak macam ni, tak payah ikut protocol sangat nak dukung elok-elok”
“Ala… biar je anak menangis. Kalau manja sangat, nanti mengada-ngada” Percaya atau tak, disebabkan ramai pasangan suami isteri tak ada ilmu menjaga & mendidik anak-anak, mereka bukan saja berdepan kesukaran bila anak semakin membesar, malah mereka menanggung kesusahan akibat diri sendiri yang gagal mendidik & membesarkan anak mengikut cara yang sebetulnya. Dalam E-Book ini serba serbi diterangkan mengenai cara menjaga anak kecil
selepas dilahirkan sehinggalah mendidik mereka sehingga dewasa. Bila kalian baca e-book ini kalian
akan terbuka mata & hati tentang ilmu yang betul & kalian akan menjadi ibu & ayah yang pandai
mendidik anak-anak. Good luck ya. Selamat membaca.

Mobirise

Package Ebook 8 (Penyusuan
Susu Ibu)

3 daripada 4 orang ibu yang menyusukan anak gagal meneruskan proses penyusuannya sehingga
usia anak 2 tahun disebabkan suami & orang sekeliling. E-Book bab penyusuan susu ibu bukan isteri saja perlu baca, malah suami juga. Bila kalian baca & tengok video-video dalam E-Book ini kalian
akan faham biarpun menyusukan anak ini tak semudah abc 123, tapi hasilnya sangat -sangat luar
biasa. Selamat menonton kesemua video dalam e-book ini.

Tapi untuk masa yang terhad sahaja anda boleh dapatkan SEMUA Ebook dan Video ini dengan harga sangat istimewa!!! 

Dapatkan sebelum harga naik

Mobirise
Mobirise

Ebook 9bulan10hari ini bukan Ebook biasa-biasa tetapi siap ada ilmu dikupas dari sudut moden, Islam dan tradisional dan good news bila ia hadir dengan penerangan terperinci dari 12 orang pakar. 

Apa kata pembaca yang
membaca ilmu dari 9bulan10hari?

Sejujur ikhlasnyer, inilah buku paling terbaik untuk ibu first baby macam saya. Terlalu banyak tips/ilmu berguna yg saya praktiskan terutamanya persediaan bersalin; tips mudah bersalin, tips pernafasan ketika contraction dan meneran, senaman ketika pregnant, mengenali ubat2 tahan sakit yg digunakan dlm labour room. Alhamdulillah, berkat doa & usaha melalui tips/ilmu dlm buku ini, perasaan saya masuk labour room mcm nak p shopping sbb dah ready dgn apa yg saya praktiskan & saya berjaya melahirkan first baby saya (baby girl: Elisa Batrisya), secara normal & yg penting sekali baby keluar meluncur hanya 1X TERAN & jahitan yg sedikit sebab tak angkat pinggul masa meneran =) Nurse pon puji 'Pandai awak teran ye'..Alhamdulillah dpermudahkan urusan bersalin.. Sekarang, saya berpantang, saya & suami masih merujuk buku 9bulan10hari terutama sekali mengenai brpantang,urutan bayi & ilmu susu ibu =) Suami banyak sangat membantu bila ada rujukan macam buku ni. Senang katanyer.hihi. Terima kasih Kak Nazira Nazir & team sebab terbitkan buku yg bermanfaat ni untuk kegunaan para ibu. Semoga dimurahkan rezeki Kak Nazira & Team 9b10h. Amin.

FB  : Yanie Oranie
Pemilik Buku 9Bulan10Hari

Alhamdulillah di rezekikan memiliki buku #9bulan10hari ketika mengandungkan ank ke-3. Buku yg padat dengan info berguna untuk tempoh sebelum, semasa dan selepas kehamilan. Byk ilmu di dlmnye..

Walaupun anak dh tiga,sbg ibu bapa terasa bnyk lagi panduan dan ilmu yg perlu di pelajari.Buku yang sangat cantik, pengisian yang cukup bermanfaat. Sempat menjadi 'teman' bacaan sy dan suami semasa di hospital sementara menanti saat kelahiran anakanda ketiga kami.. buku ini juga di jadikan panduan dan rujukkan bg kami yg melalui proses berpantang sendiri pertama kalinye bg ank yg ketiga ini. Kini ianya menjadi buku kesayangan tau! di jaga rapi..hihi 

Buku yg perlu dimiliki oleh semua ibubapa. Tips dan ilmu yg sgt bermakna dan berguna di dalamnya utk jangak masa yg panjang.Dari sblm hamil sampai dh branak pinak.. #9bulan10hari menceritakan keseluruhan mengenai dunia kehamilan daripada A-Z

Tahniah diucapkan kepada penulis buku dan team.Teruskan menulis karya2 hebat penulis!..
Moga2 ilmu yg disampaikn memberi manfaat yg berterusan serta membantu ibu bapa memahami perjalanan utk melahirkan dan mendidik anak2 seawal di dlm kandungan lagi..InshaAllah. Semoga bermanfaat untuk semua..Tq and Gd luck kak Nazira

Semoga 9bulan10hari terus mengindahkan lagi proses merancang kehamilan, kehamilan, kelahiran, berpantang & penyusuan kaum2 ibu yg lain..Amin?

Buku yg perlu dimiliki oleh semua ibubapa. Tips dan ilmu yg sgt bermakna dan brguna utk jangak masa yg pnjg, dr sblm hamil smpi dh branak pinak Byk ilmu di dlmnye..teruskan menulis karya2 hebat penulis! Moga ilmu2 yg disampaikn memberi manfaat yg berterusan serta membantu ibu bapa memahami perjalanan utk melahirkn dn mendidik anak2 seawl dlm kandungan lagi..

FB : Hana Hassan
Pemilik Buku 9Bulan10Hari

Buku panduan yg sgt berguna utk bakal2 ibu. Byk tips yg boleh kita praktikkan dr awal kehamilan sampailah ilmu bab penyusuan..dont matter about the price...ilmu yg ada dlm buku ni sgt2 tak ternilai berbanding harga yg perlu kita bayar utk keringat si penulis...mengandung? Buy this book and enjoy your journey of pregnancy!
Masa pregnantkan adik buku 9bulan10hari ni sangat membantu mama terutama bab penyusuan ibu sebab masa kakak dulu mama tak dapat nak berikan kakak susu badan sepenuhnya.
Dengan adanya buku ni mama lebih semangat dan ceria utk menyusukan adik.
Buku ini juga penuh dengan ilmu2 kehamilan dan tips2 semasa berpantang.
Sangat sesuai bukan utk wanita yg baru bergelar ibu shj malahan sesuai utk semua para ibu diluar sana.
Paling best,buku ini adalah hadiah istimewa daripada penulis buku ini
Akan mama simpan dan jaga sebaiknya...utk yg akan dtg...

FB : Puan Vieda
Pemilik Buku 9Bulan10Hari

"Tidak sia-sia memiliki buku #9bulan10hari kerana terdapat banyak info menarik dan rujukan terbaik yang membantu ibu-ibu mahu pun bakal ibu dan pasangan mendalami ilmu sebelum kehamilan sehingga waktu berpantang dan penyusuan.Walaupun menunggu hari untuk anak ke tiga,masih tercari-cari lagi maklumat untuk ibu buat persediaan menerima orang baru.Good job penulis!"
Adik dan kakak cukup suka dengan design buku ni yang berwarna-warni dan gambar yang menarik minat anak-anak untuk duduk sekali dengan ibu sewaktu ibu membacanya.best moment ever

FB : Dee Yana Fazlin
Pemilik Buku 9Bulan10Hari

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan rezeki yang tidak ternilai ini. Ibu dan abi harap kamu membesar dengan sihat dan sempurna, jadi anak yang soleh dan solehah. Tak sabar menunggu kelahiranmu ke dunia ini. Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini akan menguatkan lagi ikatan cinta ibu dan abi dan cinta kepada Allah s.w.t. Banyak dugaan dan cabaran yang dihadapi ketika hamil. Lebih-lebih lagi ketika hamil anak pertama. Alhamdulillah berpeluang memiliki buku 9 Bulan 10 Hari. Dengan adanya buku ini, ia sangat membantu bakal-bakal ibu dan ayah. Banyak tips dan panduan berguna khusus untuk bakal ibu dan ayah, iaitu panduan dari sebelum dan semasa hamil sehinggalah selepas melahirkan bayi. Saya sayang dan sukakan buku ini kerana banyak ilmu pengetahuan baru yang saya perolehi. Terima kasih 9 Bulan 10 Hari sudi berkongsi ilmu dengan kami semua 

FB : Syarifah Soleha
Pemilik Buku 9Bulan10Hari


 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Alhamdulillah...saya dan suami bersyukur pada Allah S.W.T kerana berpeluang memiliki buku #9bulan10hari ni sejak awal kehamilan lagi. 

Pasangan mana yg tak risau apabila telah disahkan bakal menjadi ibu dan ayah tetapi tidak mempunyai apa-apa ilmu tentang kehamilan, tentang kandungan dan ilmu untuk menjadi ibu dan ayah terbaik utk anak yg bakal dilahirkan nanti terutama sekali apabila ia merupakan pengalaman pertama kami.

Dalam kerisauan, Allah Maha Berkuasa Maha Mengetahui telah bantu kami dengan menemukan kami dgn buku #9bulan10hari melalui Facebook. Subhanallah..
Tanpa keraguaan dan kerisauan, saya dan suami terus membeli buku ini.

Alhamdulillah...kami tersangat berpuas hati setelah melihat sendiri buku #9bulan10hari yg telah menjadi milik kami pada saat itu. Setiap helaian penuh dengan warna-warni.. Serta gambar2 untuk dijadikan panduan.

Walaupun buku ini nampak tebal, tetapi dalam masa yg sangat singkat saya dan suami mampu menghabiskan bacaan dari kulit depan hingga ke kulit belakang buku kerana info-info yg terdapat di dalam buku ini sangat berguna dan mudah difahami disertakan gambar2 yg menarik untuk dijadikan panduan.

Dalam buku 9bulan10hari ini, terlalu banyak ilmu yg berguna untuk kami berdua sebagai ibu bapa yg bakal menyambut kelahiran anak pertama kami ini tidak lama lagi.
❤️ ilmu tentang Kehamilan.
❤️ ilmu tentang aktiviti ibu mengandung.
❤️ ilmu tentang masalah yg bakal dihadapi ketika hamil dan cara mengawalnya.
❤️ ilmu untuk menghadapi Kelahiran.
❤️ ilmu berpantang.
❤️ ilmu keibubapaan.
❤️ ilmu penyusuan.

Yg paling penting sekali, di dalam buku ini juga terdapat pelbagai doa-doa dan surah yg boleh diamalkan ibu ketika hamil untuk melindungi diri dan kandungan serta memudahkan proses ketika bersalin nanti. Inn shaa Allah..

Terima kasih buku 9bulan10hari kerana menjadi peneman setia kami ketika menjalani detik2 manis kehamilan ini.

Tahniah team 9bulan10hari..
Setinggi-tinggi penghargaan juga buat penulis buku 9bulan10hari kak Nazira Nazir serta panel2 kerana telah mencurahkan ilmu-ilmu yg sangat bermanfaat buat kami melalui buku ini. Moga Allah memurahkan rezeki dan merahmati hidup kalian dunia dan akhirat. Aaminnnnn..

Akhir sekali, kami memohon sesiapa shja yg melihat post ini..mendoakan kami dan baby dalam kandungan selamat dan sihat serta Allah S.W.T memudahkan kami hingga saat melahirkan nanti. Aaminnnnn..

FB : Rusydina Anati
Pemilik Buku 9Bulan10Hari

Soalan FAQ

Kami faham yang anda boleh google sewenang-wenangnya untuk ilmu-ilmu ini. Tetapi berdasarkan pencarian kami, hampir lebih 50% fakta diluar sana adalah sangat salah! Dan beberapa 'ilmu' yang digoogle ini, telah mengakibatkan bahaya kepada ibu dan anak itu sendiri. Kami doakan tuan/puan akan sentiasa dijauhkan daripada semua perkara-perkara yang tidak diingini. Aamiin.

Kesemua package-package yang ditawarkan diatas adalah dalam bentuk digital. Untuk mendapatkan buku dalam bentuk fizikal yang ingin dipos kepada anda. Boleh didapati dengan menekan link ini. Beli buku 9bulan10hari. 

Selesai sudah pembelian anda, secara automatik anda akan mendapat link ebook dan video ke dalam email anda. Jadi pastikan anda memberikan alamat email yang sah ya. 

Adalah dilarang sesama sekali anda berkongsikan Ebook dan video ini dengan mana-mana pihak. Kami mengharamkan segala ilmu jika anda berkongsikan dengan sesiapa. Akan tetapi dibolehkan dan sangat digalakkan untuk berkongsi antara suami isteri. 

Di dalam setiap ebook kami, kesemua ilmu ada dimasukkan sekali peranan suami sekali. Adakala kita sebagai isteri mungkin tidak faham bagaimana ingin membuatkan suami faham apa yang kita lalui. Tetapi rata-rata ibu kongsikan apabila suami membaca & memahami konten dari 9bulan10hari, mereka akan sangat berubah disebabkan ilmu-ilmu ini datangnya dari pakar-pakar dan sahih. 

Jika anda memiliki buku 9bulan10hari edisi pertama, ilmu-ilmu didalam ebook ini adalah jauh lebih komprehensif dan sangat banyak. Jadi sangat digalakkan untuk mendapatkan ebook ini. Jika anda memiliki buku 9bulan10hari edisi kedua, ebook ini adalah hampir sama dengan edisi kedua dan good news ada extra video dan ebook ini boleh dibaca dan merujuk ilmu sahih dimana sahaja.

Beli Ebook Sekarang

Address

Awesome Mom
Lot 752 Tingkat 2, Jalan Subang 3, Taman Perindustrian Sg Penaga 47610 Subang Jaya


Contacts

Email: awesome.mom.by.nazira@gmail.com

Whatsapp 1 : +601111421213 Whatsapp 2 : +60184048007
              

Links

More details for 9Bulan10Hari products click the link below
store.9bulan10hari.com